Friday, December 26, 2008

BABYLON SYSTEM

entri aku yang lepas

jika takut dihina/dicaci/dibenci/dikutuk/diperli/dimengata/(semua yg buruk la) orang
jangan buat benda yang kita suka....


aku tulis terang-terang pun ada yang tak paham??
adeh...haa nasib baik carebear paham
meh sini aku crite

soalan pertama aku,
hangpa suka dak ngan apa yang hangpa buat skarang?? (kombat xpayah jawab)
pasai apa hangpa buat benda tuh??


ok kembali kepada prasa kata diatas...apa yang kita banyak buat kat dunia nih? adakah apa yang kita buat tuh untuk memuaskan hati sendiri ataupun untuk memuaskan hati orang-orang sekeliling kita...apakah yang kita buat tuh semata-mata untuk mendapatkan "recognition" 'fame' from others? ataupun untuk mendapatkan kwn yang selayaknya....atau pun kerana terpaksa....sokongan??

kalau hangpa semua analisis hidup hangpa sepanjang beberapa tahun hangpa kat dunia nih, pastinya hangpa banyak buat apa yang org semua suruh buat..apa yang ramai org suruh buat..apayang ramai orang suka...aku bagi contoh kecil...kepada yang penah masuk institut pengajian tinggi..masa memula isi borang, siapa yang pilih kurus yang hangpa nak amek??

contohnya...aku nak amek bidang pereka fesyen tapi terpaksa amek bidang kedoktoran sbb nak jaga hati mak bapak yang suruh jadik doktor......aku nak beli yamaha rxz tapi dihalang rakan-rakan pasal depa sume alah dengan mat rempit.....hangpa suka pegi gig tapi terpaksa belakon suka pegi zouk sebab rakan-rakan sume menyampah ngan budak-budak bermuzik tali nih....nih sume contoh yang mudah la...aku malas nak bagi contoh yang akademik sket..nanti hangpa tanya lagi...mendalam lak aku kena jawab nanti..haha


jadi mcm apa yang aku ckpkan kat atas tadi..kalau hangpa takut org marah kat hangpa, kalau hangpa takut org xsuka kat hangpa, hangpa buat la mcm apa yang depa nak..lupakan apa yang hangpa suka.....

apa-apa pun..kat dunia ni,
misti ada yang benci
misti ada yang suka
tepulang kat diri masing-masing
apa yang hangpa nak

tepuk dada tanya diri
jangan tepuk kuat-kuat
nanti masuk hospital........

***update***
kalau rasa nak buat apa yang kita suka,
jangan pedulik apa orang nak kata



*aku buat entry nih sambil layan lagu seperti tajuk di atas berulang kali..sungguh significant ngan apa yg aku tulih nih*

14 comments:

pjoe said...

sama macam aku dulu
aku terpaksa berlakon aku suka kelas tarian zapin

oh
rasa dipergunakan

i fell used

H said...

oke, tak paham.
:D

dila raden said...

aku memang suka buat-buat paham walaupun aku tak paham

tapi aku paham entri hang ni

haha

Anasir said...

aku pulak kena berlakon suka perempuan..

padahal aku suka laki sebenarnya..

ermmmm...

Anonymous said...

yup!
teringat masa zaman selepas sekolah dulu.

aku nak ambik course graphic designer, tapi Ayah aku tak bagi, dia PAKSA suruh ambik senibina.

aku akur dan lama kelamaan aku rasa cakap ayah aku betul dan sekarang aku gembira mengambil degree dalam bidang yang sama.

bapak aku juga menghalang aku ambil lesen motor. dia suruh ambik lesen kereta SAHAJA.aku akur dan aku bersyukur kerana tidak menjadi rempit rempitan dewasa kelak.

mak aku suruh aku pilih proton wira masa nak beli kereta, aku engkar dan memilih juga satria. kini aku rasa susah nak keluar masuk kereta dengan jumlah penumpang melebihi 3 orang (penumpang dewasa) sebab kereta aku kecil. (tak ambil kjira saiz badanku).

aku rasa, bukan semua pilihan dari diri kita tepat. tapi aku ulang sekali lagi, kita yang memilih takdir. dan takdir tersebut berjalan seperti apa yang kita mahukan.

kalau hanya mahu melepak.boleh saja.


(kot!)

Anonymous said...

drpd memuaskan hati orang, lebih baik mkn mekdi. kenyang, puas, gumbira $_$

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

oke aku paham.. ;p

. said...

pjoe,

perghh bleh ahh kita berdansa bersama,

ciku,

meh sini nak rebus pala tuh

dila,
aku tau hang bijak

nasir,
perghh sama ahh preference kita

hebat,
ikut hati mati..ikut rasa binasa

nazra,
mau belanja kah.?? :D

jenab,
kamu pun bijak

Anonymous said...

ya..buat ja apa kita suka..pas2 klu org xsuka..cakap kt dia..ada aku kisah?(gila!promot tag line.huahuahua)

H said...

eleh...
sampai ati nak rebus pale ciki.
takmoh blanje eskem takpe la...
takyah rebus2 pale ciki.
:p

lempang nak?
;))

Anonymous said...

sik takda mekdi lah. blanja mkn ubi kayu ja lah, bleh? ^_^

FarhanaLicious said...

arr.. aku akan menegakkan keadilan, kalau aku tak suka. aku akan cakap dan tunjuk. ehe. ada kaitan tak dengan entri ni? huhu

*pil.tahan.sakit* said...

kalau rasa nak buat apa yang kita suka,
jangan pedulik apa orang nak kata


...betul tu.. tp kebiasaannye kadang terpaksa juga buat sbb nak jaga hati org tersebut..dan kemudian akhirnya merana..padan muka diri sendiri..

. said...

budak hijau,
tapi ramai yg kisah

ciki,
lemang nak ahh

nazra,
xpe kulim ada

farhana,
nak tunjuk apa?

iamfs,
ada masa jaga hati org ada masa jaga hati sendiri