
diri baru tiba dari kl
niat dihati hujung minggu nih nak berehat ja dirumah
setelah 2minggu diri penat lelah di ofis
dan penat lelah tuh akan disambung minggu hadapan
tapi dek kerana panggilan kecemasan yang memerlukan diri untuk pulang ke kampung
diri dengan ikhlasnya pulang ke kampung jua dengan hati yang amat gembira
dan diri bersyukur kepada tuhan
amat bersyukur
namun perjalanan diri tadi sedikit lain macam
diri terasa amatlah 'nervous' ketika memandu
terasa seperti bahu ini amatlah berat ketika memegang stereng
dan dirasakan kedudukan tangan seperti berada ditempat yang tidak selesa
terasa seram sejuk sekali
sehinggakan pemanduan juga tidak seperti sediakala
berhenti sebentar di tanjung malim
ditempat yang sama ketika kehilangan dompet tempohari
sekadar mencari renungan
elok sahaja sampai dirumah bersama ayahanda tersayang
keluar sahaja dari kereta
mata menangkap satu kelibat dirumah sebelah
diperhati baik2, ternyata itu bukan tuan rumah
dilihat pada keadaan pagar rumah sebelah yg terbuka
terus disyaki ada seseorang yang asing disitu
lalu menelefon rumah hadapan minta bantuan
dicarinya nombor rumah sebelah, tidak dijumpai
kerna telefon bimbit tiada bateri
jiran hadapan keluar bersama kayu
diri juga begitu
terasa begitu gagah sekali
kelibat tersebut meluru keluar tiba-tiba
namun berjaya ditangkap
diambilnya tali lalu diikat pada tangan mangkuk tersebut
kelibat tersebut mengatakan dia bermain nyorok-nyorok dengan kwnya
yang mahu membaling telur kepadanya
kerna hari tersebut adalah harijadinya
bodoh punya manusia
kalau nak menipu pun pada-pada laa
di talifonnya polis untuk dtg mengambil mangkuk tersebut
namun akibat kelalaian makhluk tersebut berjaya melarikan diri
dikejar hingga ke penghujung jalan
laju nak mampos mangkuk tuh lari
kalah watson nyambek rasanya
tapi yang diri tahu
ketika di penghujung jalan tersebut
makhluk tersebut masuk didalam semak samun
dan diri tercungap-cungap mencari oksigen
sambil menantikan ayahanda dtg menjemput....
*sial...kalau aku xpakai jeans yg penuh hs ngan kunci keta dlm poket, dan kalau aku xpakai selipar, mmg aku dapat dah budak tuh...nasib baik aku silap langkah ja..org kata, starting tuh lambat....apa yang aku tau skang nih, mata aku masih berpinar-pinar....dan ini semua gara-gara terlebih makan bahulu masa aku berhenti rehat tadi*