Showing posts with label SINIKALSILIS. Show all posts
Showing posts with label SINIKALSILIS. Show all posts

Wednesday, February 4, 2009

CAHAYA



berikan aku arah tuju engkau
agar dapat aku mengejar kepantasan engkau...

Tuesday, February 3, 2009

PEOPLE #2



because sometimes you don't realise how important they are

Sunday, February 1, 2009

PEOPLE



sometime people don't realise how important you are

Saturday, January 31, 2009

TARGET



two goals
but which one we want to achieve first...

Friday, January 30, 2009

CONTENG



contengan hiburan untuk masyarakat orang asli
artifak bernilai untuk masyarakat dimasa hadapan

Monday, January 12, 2009

INDAH



dari sini nampak tenang
tapi disana siapa yang tahu.....

Wednesday, January 7, 2009

BERAT MATA MEMANDANG





daniel, besar nanti nak jadi apa?

saya nak jadi doktor cikgu
nanti saya buleh bukak kelinik sendiri
cikgu pun buleh datang situ
lagipun saya dengar jadi doktor nih hebat
buleh pakai keta besar, rumah besar
buleh kawin ngan anak orang kaya
isteri saya pun bleh carik yang lawa-lawa...

wahh
bagus cita-cita kamu
besar cita kamu
jadi kamu kena la rajin blaja tekun-tekun
baru buleh jadi doktor...

haa kamu pulak burn
apa cita-cita kamu?

cita-cita saya lagi besar dari daniel cikgu
saya nak ambil alih syarikat multinasional milik ayahanda saya
dengarnya syarikat dia ada di merata pelusuk dunia cikgu
untungnya lebih dari berbillion-billion dollar amerika
nanti saya boleh jadi kaya muda-muda
buleh jadi ketua pegawai eksekutif masa muda-muda
mesti ramai anak-anak orang berada berkenan dengan saya
muda-muda lagi saya dah boleh pakai keta mewah....

wahh
memang besar cita-cita kamu tuh
agak mencabar tau nak jaga syarikat besar-besar nih

haa
kamu pula iris....

saya lagi hebat dari mereka cikgu
saya nak jadi angkasawan wanita petama malaysia cikgu
saya tengok angkawasan malaysia sekarang nih hebat cikgu
saya pun ada gaya-gaya macam dia
dahla hensem, saya pun lawa
nanti bila saya dah kebulan, misti saya jadi hebat cikgu
turun kebumi mesti org sanjung saya
mesti nama saya dicatatkan kedalam buku
jalan-kemana-mana misti orang kenal
saya buleh datang balik ke sekolah nih bagi ceramah motivasi
mesti mereka bayaq saya mahal
boleh la saya dapat duit banyak-banyak
boleh beli-belah barang mahal-mahal cikgu
untung-untung dapat kahwin ngan anak orang kaya jugak cikgu....

wahhh iris
memang hebat cita-cita kamu itu
cikgu tegok kamu memang berpotensi nak jadi angkasawani tuh
kulit kamu putih, rambut kamu ikal
kira memang cukup syarat lah
tinggal kamu kena pandai cakap orang putih nh aja..

mmmm
cikgu rasa cukup kot setakat nih
kita tamatkan kelas harinih yer...

cikkggguuuuuuuuu
cikgu belum tanya saya
saya pun ada cita-cita cikgu
kenapa cikgu tanya mereka tapi cikgu tak tanya saya....

erk..
xperlulah karim

walaupun pakaian saya camping
tapi saya ada cita-cita juga cikgu....

gullpp
baiklah karim
apa cita-cita kamu karim?

saya nak jadi petani di bendang cikgu
nanti baru ada bekalan beras kat negara kita cikgu
dah ada beras bleh tanak nasik
dah makan nasik baru cukup tenaga nak blaja dan bekerja cikgu

gulllppp
ok-ok cukup
loceng dah berbunyik...


-end-(saya sudah mengantuk)

*maxis broadband bodo*

Monday, December 22, 2008

OMBAK KUAT



jika takut dilambung ombak
jangan ketengah laut menaiki sampan....

jika takut dihina/dicaci/dibenci/dikutuk/diperli/dimengata/(semua yg buruk la) orang
jangan buat benda yang kita suka....


tapi aku tak takut....
hahaha


*tak takut pun, aku still buat benda yg aku xsuka..haha

Sunday, December 21, 2008

MEREKA KATA




tapi kena pukul pun sakit....


Wednesday, December 3, 2008

PERLUKAH




apa yang diperlukan kalau semuanya xperlu

kadang-kadang kita tidakdiperlukan ketika perlu
kadang-kadang kita diperlukan ketika tidak perlu

dan
selalunya kita kita cakap ketika tidak perlu bercakap
selalunya kita tidak bercakap ketika perlu bercakap

dan
semestinya sesekali kita bercakap sesuatu yang tidak perlu dicakapkan
semestinya sesekali kita diam ketika perlu bercakap sesuatu

dan
kadangkala kita lakukan sesuatu yang tidak perlu
kadangkala kita tidak berbuat apa-apa ketika perlu

jadi
jangan salahkan seseorang jika dia tidak berbuat seperti yang sepatutnya
jangan salahkan orang jika dia tidak berbuat sesuatu yang perlu dilakukan
jangan salahkan seseorang jika dia membuat sesuatu yang tidak perlu

dan
jangan salahkan seseorang jika dia tidak membuat sesuatu yang kita rasakan dia perlu buat
jangan salahkan seseorang jika dia membuat sesuatu yang kita rasakan dia tidak perlu buat
kerna sesungguhnya dia tidak tahu apa yang perlu