Wednesday, November 19, 2008

MARI SINI SEMUA. DENGARKAN KISAH SATU PETANG


hari aku belajar perihal perangai manusia
ataupun dengan lebih tepat
sikap segelintir orang melayu
yang terlalu puas hati dengan
keselesaan yang tak seberapa

sikap segelintir orang melayu
yang terlalu inginkan
sesuatu yang mudah

sikap segelintir orang melayu
yang terlalu besifat "rendah diri"
pada situasi yang xsepatutnya

ingin dengarkan cerita??
mari sini sume
duduk rapat-rapat
biar aku ceriterakan serba sedikit
perihal seperti diatas

kisah pertama yang aku ingin ceritakan

kisah seorang melayu yang terlalu inginkan sesuatu yang mudah walhal jalan untuknya menikmati sesuatu yang lebih baik itu amatlah cerah jika dia berusaha lebih. alkisah terjadi, seorang pemuda berusia lingkungan 25thn masuk kebilik temuduga untuk memohon jawatan pengawalkeselamatan. ditanya apa yang dilakukan sekarang dan dijawabnya membantu ibunya berniaga pasar malam. diceritakanya ibunya mempunyai dua tapak pasar malam. kedua-duanya di sekitar lembah kelang..berdua bersama ibunya membanting tulang di pasar malam menjual makanan..


kemudian ditanya lagi kepadanya, mengapa tidak mahu diteruskan sahaja bisnes bersama ibunya..lalu satu jawapan yang menyirap hati aku diberikan.. "persaingan terlalu sengit"..aku diam dan terus biarkan dia terus berbicara dahulu..ditanya lagi, jika dia tiada, sapa yang akan bantu ibunya? jawapan yang diberikan terus membuatkan aku bertambah menyirap.. "adik saya ada untuk membantu ibu"...


mari sini aku berikan jawapan yang sepatutnya kamu jawab..soalan yg pertama.."kerja ni senang..hujung bulan saya dapat duit..xyah penat-penat angkat periuk kuali banting tulang berniaga kat pasar malam..hujung bulan, mmg tau akan dapat gaji..kan senang tuh.xyah pikir-pikir pasal nak cari pelanggan nih".....jawapan untuk soalan kedua "saya malas...biarlah adik pulak tolong ibu..saya dah penat buat keja berat nih..untung xseberapa..kerja nih bleh la nak hidup senang..hujung bulan confirm ada gaji..masa depan pun selamat sikit"...chait...lari dari tanggung jawab....dah kamu gelapkan masa depan kamu, skang kamu nak gelapkan masa depan adik kamu lak.?? dulu belajaq tamaw btoi-btoi..


ini sebab-sebab kenapa aku berikan jawapan sedemikian...pertama, dikatakanya terlalu banyak persaingan...hoi, yang kamu datang temuduga nih takde lak persaingan ye.?? mari sini aku ceritakan bagaimana kamu nak kurangkan risiko persaingan tuh...kamu dah ada dua tapak tetap..rugi kalau biarkan aja bagi kat org lain..igt 9/10 pendapatan kat muka bumi nih dtg dari perniagaan...kamu cume berniaga duakali seminggu, jadi apa yang kamu buat lebihan 5 hari tuh.?? dia jawab "xbuat apa"...malas la tuh...apa salahnya, pergi usaha tambah lagi mana2 tapak kat pasar malam lain..habih2 pun jadikan 4 tapak seminggu..kurang2 kalau untung sikit setiap hari, bila campo sume kan dah jadi byk dr buat dua hari je....xreti ngira?? meh aku ajaqkan.. kalau sehari untung bersih sekeluarga bersamaan dengan rm150....didarabkan pulak dengan 4 hari bersamaan dengan rm 600 seminggu..sebulan tak ke idak dah cecah rm2400...


persaingan tuh memana ada..cume usaha tuh yang penting..jangan igt nak senang ja...keja sbulan, cukup bulan org baya gaji..byk tuh ja dah cukup..asal xyah kerja keras...aiyooo....mudahnya hidup mcm gitu...cuba usaha...peluang dah diberikan. nak ngan idak jek..


nih untuk jawapan yang kedua aku bagi tuh..yela. Dah malas nak kerja berat, bagi kat adik pulak la. Mmg lari tanggung jawab la. Kamu tahu masa depan kamu tuh dah berterabur, kenapa kamu nak suruh adik kamu yang tanggung dan kamu pula senang-senang dapat kerja bergaji hujung bulan bleh idup senang.. Kenapa tidak kamu yang pikul beban tuh dan biarkan adik kamu berusaha lebih baik dari kamu??


byk lagi sebnarnya aku nak ceritakan pasal jejaka no satu nih..Tapi aku rasa dua nih pun cukup lah...Nanti hangpa muntah lak dengaq luahan perasaan aku.. Perihal kisah sikap yang lain akan aku ceritakan masa depan. Bagi hangpa suma tenang dulu..Hehe


Banyak sebnarnya aku belajaq arinih..Mengapa pengawal keselamatan?? aku sekarang lebih kurang mcm seorg economist..tapi dulu aku seorang statistician..Dan aku mmg la sgt minat dengan statistik. Tapi aku dah memilih untuk berhijrah melakukan sesuatu yang lain, jadi sekarang aku perlu hadapi la. Tapi mata aku mmg nampak nombor sahaja.. Hahaha Cuma kalau skang tanya aku perihal statistik, belum tentu aku bleh jawab dengan senang hati..haha Dekat setahun aku tinggal keja lama aku..Seharian semalam aku terfikir, apa kaitanya pengawal keselamatan nih dengan kerja akau skarang. Tapi selepas temuduga tadi baru aku paham.. Tuhan mahu aku kenali erti kehidupan dengan lebih dekat. Bersyukur dengan apa yang aku dah capai. Aku kenal ramai oarang, tapi tadi pertama kalinya dalamhidup aku, aku dapat tgk majoriti yang dtg temuduga dtg result akademiknya tidak begitu cemerlang. Yang spm dapat 8 subjek 9E pun ada beberapa orang. Aku sendiri pun xsangka. Mmg tuhan nak tunjuk kat aku betapa bertuahnya aku. Bagi aku, gagal dlm akademik, xsemestinya xberjaya...banyak lagi bidang kemahiran yang boleh diterokai. Yang dtg temuduga tuh pun byk yang mempunya sijil2 kemahiran..Aku pun hairan kenapa tak diteruskan aja dengan kemahiran yang ada.. Semua nih sebab nak hidup mudah. Sebab dah terlebih selesa dengan kehidupan yang tidak perlu bekerja keras.Nanti la aku sambung cerita lagi..banyak aku nak cita tapi kang jadi luahan perasaan lak..hahah


kepada kawan-kawan aku cube bekerja sendiri, aku salute kamu....

Dani aku sokong kamu dengan bisnes kamu tuh..usaha tangga kejayaan..apa aku bleh tolong, aku tolong kamu..Ame, teruskanlah dengan sekolah memandu kamu itu..Payid, pelan-pelan la jual pelan bangunan kamu itu..kepada semua, semoga maju jaya...hahahah


8 comments:

Dani Izwan zainol said...

betul tu beb..kdg2 org memang nak mudah..padahal rezeki dah terbuka depan mata..lebih usaha je.bkn sibuk nak gandakan pendapatan tapi ssibuk nak rileks, sibuk2 nak malas..rezeki dah depan mata..tapi nak jugak ikut jalan susah..bukan susah mcamane, dah meniaga elok2, tapi tak bersyukur nak ringan kan beban mak bapak die.org mcmni mmg banyak pun.

cuma aku tak faham kenapa kadang org susah nak bersyukur dgn rezeki dia. mmg kita tau seseorang ni mmg susah nak puas dgn rezeki yang dia ada. mesti nak cari lebih, tapi kenapa nak kecilkan skop rezeki. atas alasan malas? sungguh tak boleh diterima akal..kalo keje guard mmg rileks tapi punca rezeki semakin berkurangan la.

bukan aku nak kata keje guard tu tak baik, tak elok, itu semua sumber rezeki yang halal.alasan malas tu sungguh tak boleh diterima pakai. Mekasih support aku beb.

Anonymous said...

aku rasa kamu boleh jua jd pakar motivasi. namun yg penting, harus punya semangat dlm diri sendiri. & itu pasti ada jua pd aku slps pembacaan entri kamu itu (^_^)

. said...

dani,
sikap tuh..tak mahu menghadpi cabaran..terlalu inginkan sesuatu dengan cara yg lebih mudah..cukup la sekadar paras2..xpunya keinginan untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik...sayang betul..

nazra
gulpp..itu kena blaja psikologi nih..ehehe wahh bagus..hidup kena penuh dengan semangat...

kecik said...

economist?statistik?

inche..
ganti kecik jwp exam leh?

emm btw..
dia x mau berusaha lebih sbb da terbiasa n cepat puas hati ngan ape yg dia de kot?padahal makin kite susah,makin kite senang kemudian hari.
err itu cume pendapat sorang budak yg berumur 19 tahun.

jamme said...

hmm...suka baca entri2 anda...
tp mungkin saya nk bagi pendapat sedikit..
kdg2 dlm situasi berinterview ni..memang ramai calon yang gagal berikan jawapan yang kita nak..
tp...pada saya jawapn spontan menggambarkan kejujuran dia...
at least dia jujur...x cuba berbolak balik dan beri jawapan yang mungkin sekadar ciptaan bagi mendapatkan posisi sebagai pengawal keselamatan...

pendapat saya saja...sbb saya bukan orang yg menemuduga dan saya x pernah ditanya soalan begitu ketika ditemuduga...


saya pun cuma pelajar lg hihi :)

. said...

kecik,
jawap exam susah sket ahh..teori dah xigt..haah kalau nak tanya pendapat umum bleh ahh...kehkeh
cepa puas hati?? nanti akan diceritakan perihal tersebut..

jamme,
thanks...
pendapat anda betul..i didnt expect them to give me a "brilliant answer"..cume jawatan security guard aje..bukanya cikgu ke ape ke.....saya sendiri tak mahu mereka memberikan jawapan tepat seperti yang saya mahu...cuma apa yang saya kesalkan dan agak terkilan adalah dari segi "SIKAP" mereka....sikap yang mudah mengalah, sikap yang tak mahukan cabaran, sikap yang sentiasa ambil mudah, serta siakp yang sentiasa mengharapkan org lainmemberikan kesenangan kepada mereka...fikirla, sampai bila kita nak mengharapkan org lain memberi kepada kita?? sampai bila kita nak tgk org melayu jadi kuli, walhal peluang untuk mereka jadi 'tokei' dah terhidang luas depan mata...cume sikap tuh.....dan darpada semua, semua yg bersikap sedemikian adalah org muda yang berumo 30 kebawah...nantila aku ceritakan di entry yg lain..aku mmg emo sket bab nih..hahah

saya nak tany, berapa ramai org melayu berjaya dlm perniagaan...berapa ramai yang berjaya dalam bidang teknikal seperti bengkel kenderaan, bengkel barangan elektronik, pertukangan rumah.....yang saya kesalkan, majoriti yg hadir dlm temuduga tersebut mempunyai kemahiran dan sijil2 dlm bidang berkenaan...tapi tidak mahu mengambik cabaran mengusahakan kemahiran yang mereka ada...:) cuma pendapat saya...:)

-peace-

LiLohOnEy said...

suka baca pndapat anda..

kita sependapat..

tp pendapt yg msh belajar mgkn xsehebat kamOo..

melayu tak mcm chinese..

bkn nk puji mereka,,

sbb sy jg melayu..

cuma sprti kata2 kamOo SIKAP melayu..

bangkitlah kaumku,,

melayuku..

ayuh,,

tunjukkan kejantananmu..

ayuh!! =)

. said...

pendapat org yg belajar pun hebat..sbb depa pun blaja...semua org hebat...cuma mcmana nak tunjukkan kehebatan tu ja..:)

chinesee pun mcm melayu gak...cuma melayu nih terlalu asyik dengan keselesaan yg diberikan...

cube tgk melayu kat oversea, sume berjaya, sbb depa nak cr keselesaan untuk survive...:) mcm tuh la chinesee kt msia nih...